Jam sudah menunjukkan jam3 pagi. Tahun baru kali ini apa yang perlu diingati? Apa bezanya dengan tahun sebelumya?Penat amat terasa. Mata dah nak terlelap. Tiba-tiba pintu di ketuk.
" Ya? siapa?" siapa pula ni?
" Mama ni." mama membuka pintu yang sengaja tidak dikunci.
" Ada apa ma? mama baru balik juga?"mama duduk di sisi katil ku.
" Selamat tahun baru sayang. Ni mama dan papa kamu belikan hadiah tahun baru. Mama baru pulang dengan papa ada makan malam dengan client " Mama memberikan sebungkus hadiah sederhana besar berbalut merah jambu terang dan berebenkan warna emas.
" Thanks mama. Salam buat papa. Selamat tahun baru juga. Susah- susah ja belikan hadiah ni. Amy kan dah besar, tahun ni masuk dua puluh tahun da." aku menerima hadiah yang dihulurkan.
"Baiklah , mama masuk tidur dulu ya" mama mencium dahiku.
Sebaik sahaja pintu di tutup, aku mengambil telefon blackberry merah yang dihadiahkan oleh kakak ku sempena hari jadi yang ke 19 tahun.Tertera nama BD dan beberapa teman karibku.
' mm mesti wish for new year ni." BD menghantar dua mesej. Entah kenapa hati perlu memilih untuk membaca mesej dari BD dulu.
" selamat malam... dah tidur? terima kasih kerana sudi sambut tahun baru dengan saya."
" umm.dah tidur agaknya. apa pun selamat tahun baru sekali lagi. hadiah tahun baru awak nanti saya beri =)" Terbayang senyuman dia dalam mesej ni.
Sekurangnya aku masi mampu tersenyum di hari pertama tahn baru ini. Teringat makan ice-cream F&N magnolia (Peanut surprise) dan buah-buahan tadi. Walaupun cuma sambut di tepi jalan tempat lorong buah-buahan tapi aku cukup gembira.

No comments:
Post a Comment